hasil nukilan ummi (isteri resayang)
Ziyad Haziq….. Nama yang dipilih oleh umi dan ayah, dengan harapan, Haziq menjadi seorang anak yang soleh, pintar, dan Haziq adalah hadiah yang teristimewa buat kami. Kehadiranmu sungguh bermakna.
Ziyad Haziq, selama 9 bln 10 hari umi mengandungkan Haziq, pelbagai cubaan yang dihadapi… Masa tempoh 3bulan awal mengandung, umi mengalami loya, muntah-muntah, dan tidak berdaya. 3 bulan terakhir pula, umi mengalami kejang, dan kepenatan kerana membawa perut yang semakin membesar. Berat umi naik 12 kg. Hal sedemikian adalah normal buat wanita yang mengandung. Umi bertuah kerana suami (ayahmu) sentiasa disisi Umi, terutama bila sudah cukup bulan.
Ziyad Haziq, Umi senantiasa menanti kelahiranmu. Menghitung hari, namun tiada tanda-tanda lagi walaupun tarikh dijangka bersalin telah tiba, iaitu pada 11 Mei 2009. Umi telah memohon cuti bermula 11 Mei 2009 untuk beristirehat di rumah. Pada 13 Mei, Umi ke klinik untuk pemeriksaan rutin di Klinik Kesihatan Bagan. Apa yang menakutkan Umi apabila diberitahu kemungkinan ada masalah, kerana kepalamu belum turun ke bawah. Jadi, Umi perlu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Sebelum ke hospital, ayahmu membawa Umi ke Parit Raja untuk makan ‘pecel ikan keli’, makanan kegemaran Umi, atas permintaan Umi. Umi terharu, mendapat suami yang begitu memahami dan sabar melayan karenah, terutama semasa mengandung. Wanita yang pernah mengandung pasti memahami perasaan Umi….
Ziyad Haziq….
Bila di hospital, rupa-rupanya kandungan Umi tiada masalah. Namun, terpaksa berada dalam wad untuk pemeriksaan lanjut. Keesokan paginya, doktor pakar membuat keputusan untuk ‘induse’. Umi bersetuju. Pada jam 10 pagi, Umi di’induse’. Rupa-rupanya, ‘induse’ tu sakit…..sehingga Umi mengalirkan airmata. Ubat dimasukkan dan doktor membuka ‘jalan’. Selepas itu, kesakitan ingin melahirkan mula terasa 5 minit sekali. pada jam 2 petang, Umi diperiksa lagi. Jalan baru 2cm. Apa yang memeranjatkan Umi, apabila nurse berkata ‘esok baru bersalin ni. Biasanya 2jam 1cm’. Umi cuma dapat berdoa sahaja….. Sakit 5 minit sekali sudah begitu menduga, apatah lagi kena bertahan sampai esok hari.
Ziyad Haziq……
Pembedahan terpaksa dijalankan kerana jantungmu tidak stabil…